Latih tubi Menjawab Soalan
Ingat ya semua. Kejayaan kamu tidak akan di capai tanpa usaha. Kamu perlu membuat latih tubi menjawab soalan kertas satu setiap hari sekurang kurangnya melibatkan satu topik atau satu set soalan.
Kamu juga boleh membuat soalan secara topikal . Sila buat latihan mengikut tajuk supaya kamu lebih memahami dan dapat mengenalpasti tajuk yang sukar untuk difahami. Jangan lupa merujuk kepada guru sekiranya tidak memahami sesuatu topik.
Biasakan diri dengan bentuk-bentuk soalan. Ada beberapa bentuk soalan dan jangan lupa menjawab soalan sebenar UPSR tahun- tahun sebelumnya supaya terbiasa dengan bentuk soalan UPSR.
Fahami Kehendak Soalan
Selain itu kamu juga mesti memahami kehendak soalan. Kadang- kadang apabila terlampau excited semasa mendapat soalan , kamu tidak membaca soalan dengan teliti dan fahami dengan jelas apa yang dikehendaki.
Baca..baca..dan baca lagi sekira tidak faham kehendak soalan. Gunakan teknik yang telah diberikan . In sya allah kamu pasti berjaya.
No comments:
Post a Comment