Saturday, July 27, 2019

2.4 Mengawal Pemboleh Ubah

KPS: Mengawal Pemboleh Ubah

Mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerakbalas dan
pemboleh ubah yang dimalarkan. Dalam sesuatu penyiasatan  satu pemboleh ubah
dimanipulasikan ( PM ) untuk memerhatikan hubungannya dengan pemboleh ubah
bergerak balas ( PB ) . Pada masa yang sama,  pemboleh ubah yang lain dimalarkan (PDM).


Tips


  • Menentukan pemboleh ubah yang dimanipulasi, pemboleh ubah bergerakbalas dan pemboleh ubah dimalarkan. 
  • Menyatakan perubahan pada pemboleh ubah manipulasi memberi kesan kepada pemboleh ubah bergerakbalas.


Contoh Soalan

Rajah 1 menunjukkan pertumbuhan anak pokok selepas seminggu . Biji benih A dan biji benih B  telah diberikan jumlah air, baja dan cahaya matahari yang sama . 


Rajah 1

a)    Berdasarkan penyiasatan di atas, nyatakan:
   
    (i) Pembolehubah dimanipulasi 
         bilangan biji benih

    (ii) Pembolehubah bergerak balas  
           Saiz anak pokok        

    (iii) Pembolehubah dimalarkan
           Isipadu air , Jumlah cahaya matahari , kuantiti baja , Jenis biji benih 








No comments:

Post a Comment