Thursday, August 8, 2019

4.6 Inferens


Inferens adalah soalan yang paling ditakuti oleh murid . Untuk menjawab soalan inferens kamu perlu membuat PEMERHATIAN dan nyatakan sebab.


Tips menjawab inferens / sebab


  • Buat PEMERHATIAN dan sambungkan dengan perkataan kerana ...... +  sebab munasabah / fakta sains
  • Jika pemerhatian telah dinyatakan, teruskan dengan awal ayat kerana....+  sebab munasabah / fakta sains
  • Kaitkan inferens dengan tajuk yang dipelajari


Contoh Soalan 1


Rajah di bawah menunjukkan dua situasi beban yang sama , di tolak di atas permukaan yang berbeza.















Berdasarkan rajah 1 , nyatakan satu inferens yang sesuai.

Jawapan

Beban dalam situasi B sukar ditolak kerana daya geseran pada permukaan tar lebih tinggi berbanding permukaan jubin.


Contoh soalan 2




Rajah menunjukkan dua buah tabung uji yang telah dimasukkan sebatang paku besi dan dibiarkan selama seminggu. Didapati paku N berkarat manakala M tidak berkarat.

a ) Apakah inferens yang boleh dibuat berdasarkan penyiasatan di atas.
     
    kerana paku N terdedah kepada udara dan air manakala paku M tidak terdedah kepada udara. 
     

Sekarang, cuba kamu berikan jawapan inferens bagi soalan di bawah.


Soalan 3

Satu penyiasatan dijalankan ke atas dua ekor arnab. Hasil penyiasatan  seperti dalam gambarajah di bawah.
Arnab A                                     Arnab B










a ) Berdasarkan pemerhatian, nyatakan inferens anda.

 _______________________________________________


Selamat mencuba.😘

No comments:

Post a Comment