Thursday, July 25, 2019

2.1 Pemerhatian

KPS: Pemerhatian

Proses memerhati menggunakan sebahagian atau semua deria untuk mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena.

Lima deria yang kita gunakan ialah:

  1. Melihat
  2. Mendengar
  3. Menyentuh
  4. Merasa
  5. Menghidu
Cara membuat pemerhatian apabila diberikan rangsangan  / objek



Contoh 1


Pasu A




 Pemerhatian

Anak pokok dalam pasu A tumbuh  dengan subur.







Tips: Apabila terdapat satu ransangan(objek), buat pemerhatian dan nyatakan apa yang dilihat.


         
Contoh 2

                                                          Pemerhatian 


A                  B



    Saiz arnab B lebih besar berbanding arnab A


   


Tips :  Jika terdapat dua rangsangan ( objek ) , buat  perbandingan dengan parameter yang sesuai.





Contoh 3

Jadual di bawah menunjukkan jarak yang dilalui oleh sebiji guli apabila ditolak di atas permukaan yang berlainan.


Jenis Permukaan

Plastik
Rumput
Permaidani

Jarak yang dilalui (cm)

20
12
15

                                                               Jadual 1


Pemerhatian

Jarak yang dilalui oleh guli di atas rumput paling dekat berbanding jenis permukaan yang lain.

        

Tips:  Sekiranya terdapat tiga atau lebih ransangan (objek ) diberikan, kita boleh  

          menggunakan perkataan PALING.



No comments:

Post a Comment