Mengeksperimen ialah merancang dan menjalankan penyiasatan untuk menguji sesuatu hipotesis , mengumpulkan data,mentafsir data sehingga mendapat rumusan daripada penyiasatan itu.
Tips
KPS ini
- Mencetus persoalan, memerhati, membuat inferens dan membentuk hipotesis
- Mengawal pembolehubah
- Mendefinisi secara operasi.
- Menentukan peralatan yang diperlukan bagi sesuatu eksperimen.
- Menguji hipotesis dengan menjalankan prosedur yang sistematik
- Merekod,menganalisis dan mentafsir data.
- Melapor keputusan eksperimen yang telah dijalankan
Contoh Soalan
Satu penyiasatan telah dijalankan oleh sekumpulan murid untuk mencari isipadu air melalui kaedah sesaran.Isipadu awal sebelum guli dimasukkan di catat dan pemerhatian direkod seperti dalam jadual di bawah
Bilangan Guli
|
1
|
2
|
3
|
Isipadu air (ml)
|
70
|
75
|
80
|
1. Apakah corak perubahan bacaan paras air ?
..........................................................................
2. Nyatakan :
i) Pemboleh ubah dimanipulasi:.........................................
ii) Pemboleh ubah bergerakbalas :.....................................
iii) Pemboleh ubah dimalar:................................................
3. Apakah hipotesis yang ingin dibuktikan dalam eksperimen?
..........................................................................................................
4. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan eksperimen?
...................................................................................................
Inilah contoh soalan mengeksperimen. Senang jer kan.
No comments:
Post a Comment