Tuesday, July 23, 2019
1.1 Format Kertas
1.1 Format Kertas
Bermula Tahun 2016, Kertas Sains UPSR 018 telah dipecahkan kepada dua bahagian iaitu kertas 1 ( Bahagian Objektif ) dan kertas 2 ( Bahagian Subjektif) dengan pengekalan markah masih lagi satu.
Format baru ini selaras dengan perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dikalangan murid.
Kertas 1 mengandungi 40 soalan aneka pilihan A,B , C dan D membawa kepada 40 markah manakala kertas 2 mengandungi 8 soalan dimana setiap soalan mempunyai 4 atau 5 soalan kecil . Ke semua markah adalah sebanyak 40 markah juga. Kedua- dua markah akan digabungkan menjadi 100 markah.
Tempoh masa bagi menjawab soalan Sains UPSR
Kertas 1 - 1 Jam
Kertas 2 - 1 Jam
Setiap soalan akan diuji mengikut konstruk soalan . Bagi kertas satu, murid hanya diuji mengikut konstruk yang telah ditetapkan seperti yang digariskan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM ). Konstruk kertas satu merangkumi Mengetahui , Memahami dan Mengaplikasi. Manakala kertas dua lebih kepada Mengetahui , Memahami dan Kemahiran Proses Sains.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Inferens adalah soalan yang paling ditakuti oleh murid . Untuk menjawab soalan inferens kamu perlu membuat PEMERHATIAN dan nyatakan sebab. ...
-
KPS: Mengawal Pemboleh Ubah Mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerakbalas dan pemboleh ubah yang dimalarkan. ...
-
KPS: Membuat Inferens Membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu peristiwa at...
No comments:
Post a Comment