Monday, July 22, 2019

3.1 Kuasai Fakta dan Topik Sains

    3.1 Kuasai Fakta dan Topik Sains.

    Kamu mestilah menguasai fakta sains seperti definasi, pengelasan, ciri khas dan prinsip sains. Fakta sains penting kerana jika kamu tidak dapat mengingati fakta ,maka kamu tidak dapat menjawab soalan dengan baik.
    Bagaimana kamu dapat menguasai fakta sains dengan baik?
    TIP MUDAH
    1. Kamu perlu kerap membuat ulangkaji mengikut topik.
    2. Buat nota ringkas berbentuk peta i-think.
    3. Cuba menjawab semua bentuk soalan.  
    4. Lakukan singkatan perkataan samada akronim atau menggunakan teknik mnenomik  untuk mengingati fakta.
    Cikgu lebih suka menggunakan mnenomik bagi mengingati beberapa fakta sains. Mnenomik tersebut mestilah yang mudah untuk diingati. Kamu juga boleh menghasilkan sendiri mnenomik sains mengikut kefahaman dan minat kamu.
    Cikgu berikan contoh mnenomik bagi jenis mesin ringkas :
    Tuas , Satah Condong, Roda dan Gandar, Takal, Gear, Skru , Baji
    Tok Sikat Rambut Timah Guna Sikat Baru
    Contoh Soalan Fakta

    Apakah yang dimaksudkan dengan kadar pernafasan?

    ..........................................................................

    Jika kamu tidak kuasai fakta , kamu tentu tidak dapat membuat pilihan jawapan yang betul.Selain itu, kamu perlu kuasai topik sains yang telah kamu pelajari dari tahun 3 hingga tahun 6.
    Banyak kan!  Oleh itu kamu mestilah bermula dari sekarang!   ðŸ˜‰
    Berikut adalah pembahagian tajuk sains mengikut tahun.
    Tahun
    Tahun 3
    Tahun 4
    Tahun 5
    Tahun 6
    Tajuk
    Kemahiran Saintifik
    Manusia
    Haiwan
    Tumbuhan
    Magnet
    Penyerapan
    Tanah
    Asas Teknologi

    Kemahiran Saintifik
    Peraturan Bilik Sains
    Proses Hidup Manusia
    Proses Hidup Haiwan
    Proses Hidup Tumbuhan
    Pengukuran
    Sifat Bahan
    Pengaratan
    Sistem suria 
    Teknologi

    Kemahiran Saintifik
    Peraturan Bilik Sains
    Proses Hidup Haiwan
    Proses Hidup tumbuhan
    Tenaga
    Cahaya
    Elektrik
    Haba
    Jirim
    Asid dan Alkali
    Bumi,Bulan dan matahari
    Teknologi

    Kemahiran Saintifik
    Peraturan Bilik Sains
    Mikroorganisma
    Interaksi antara hidupan
    Pemeliharaan dan pemuliharaan
    Daya
    Kelajuan
    Pengawetan Makanan
    Bahan Buangan   
    Gerhana
    Buruj 
    Mesin

                                                                                                                                                                            


No comments:

Post a Comment