Tuesday, July 30, 2019

4.3 Pola / Corak Perubahan

Pola / Corak Perubahan

Soalan ini paling mudah untuk kamu skor markah kerana jawapannya hanya 3 bentuk sahaja.


Bertambah / Meningkat

Berkurang  / Menurun

Sekata / Tidak berubah / Mendatar

ada juga digabungkan dua atau tiga pola seperti

Meningkat dan Menurun

Meningkat , sekata dan menurun

4.2 Bagaimana menjawab soalan tujuan?

TUJUAN


Bagi soalan Tujuan atau Tajuk, cara menjawab soalan tersebut seperti berikut:


Untuk mengkaji hubungan di antara PM dan PB  ada juga yang menggunakan ayat..

Untuk menyiasat hubungan di antara PM dan PB.


Hafal ya...

TIPS MENJAWAB SOALAN TUJUAN /TAJUK


  1. Kenalpasti Pembolehubah PM dan PB
  2. Tulis jawapan mengikut teknik yang betul ..


Jom Kita tengok contoh soalan



1.    Sekumpulan murid tahun 4 Bijak telah menjalankan eksperimen tentang ayunan bandul. Keputusan yang diperolehi di rekod seperti dalam jadual di bawah.

Panjang tali (cm) PM
Bilangan ayunan bandul    dalam masa 30 saat   PB
10
50
  20
30
30
10

a) Nyatakan tujuan penyiasatan ini ?

             Untuk mengkaji hubungan diantara panjang tali  dan bilangan ayunan bandul dalam masa 30 minit.
               1 m



2. Rajah di bawah menunjukkan tempoh masa yang diambil oleh planet R, S, T dan  U untuk melengkapkan satu peredaran mengelilingi matahari.



a)    Nyatakan tajuk penyiasatan ini.


              Untuk mengkaji hubungan di antara kedudukan planet dengan tempoh masa untuk satu peredaran lengkap mengelilingi matahari.1 m



        Cuba kamu  buat latih tubi dengan soalan tujuan yang lain. 

      Selamat mencuba ya😍



4.1 Pembolehubah

Ada 3 pembolehubah yang perlu kamu kenal betul- betul. Macammana kamu kenal Upin dan Ipin.. macamtu jugalah kamu kena kenal pembolehubah.😅

Jom cikgu kenalkan..

Dalam soalan, pastikan kamu dapat mengenalpasti perkataan seperti yang cikgu highlightkan di bawah untuk setiap pembolehubah. Sekiranya diberikan gambar, buat pemerhatian ke atas gambar dan perhatikan apakah yang berbeza , di awal penyiasatan.


  1. Pembolehubah Manipulasi ( PM )    - berlainan / berbeza / tak sama 
  2. Pembolehubah bergerakbalas (PB )  - di lihat / di rekod / dicatat / diperhati / di ukur
  3. Pembolehubah Di Malarkan (PDM) - sama / serupa 


Tips Mengenalpasti Pembolehubah



  1. Baca soalan dan cari apakah yang berbeza , berlainan ,tak sama dalam ayat atau gambarajah yang diberikan. Itulah Pembolehubah Manipulasi ( PM ) manakala perkataan direkod, dicatat, diperhati, dilihat adalah kata kunci untuk Pembolehubah Bergerakbalas ( PB ).  Bagi Pembolehubah DiMalarkan, kata kunci yang sama digunakan.

        Mengenali Pembolehubah di dalam jadual 


       Sekumpulan murid tahun 4 Bijak telah menjalankan eksperimen tentang ayunan bandul. Mereka menggunakan panjang tali yang berbeza dalam penyiasatan itu.  Keputusan yang diperolehi di rekod seperti dalam jadual di bawah.

Panjang tali (cm)  PM
Bilangan ayunan bandul dalam masa 30 saat   PB
10
50
 20
30
30
10


                                                    Jadual Menegak
                   

Panjang tali (cm)              PM
10
20
30
Bilangan ayunan bandul dalam masa 30 saat                     
                                         PB
50
30
10
                                                     Jadual Melintang

      Kedudukan PM dan PB di dalam Jadual


    2. Perhatikan perkataan yang cikgu telah warnakan di dalam ayat. klu diberikan adalah berbeza 
    untuk jawapan pembolehubah manipulasi (PM ) manakala direkod untuk klu pembolehubah 
    bergerakbalas. ( PB ). 

   
   3.   Pastikan kamu dapat mengenali soalan pembolehubah yang selalu digunakan. Antaranya :
          
         a. Berdasarkan penyiasatan, nyatakan:
                Pembolehubah yang dimanipulasi
                Pembolehubah yang bergerak balas

         b.   Daripada data yang diberi, kenalpasti apa yang :
               dimalarkan
               dimanipulasikan:
               bergerak balas:
         c.   Nyatakan pembolehubah yang dimanipulasikan dalam  penyiasatan di atas.

         d.  Tuliskan dua pembolehubah daripada penyiasatan di atas.

         e.  Nyatakan dua maklumat yang dikumpulkan dalam penyiasatan di atas.

         f.   Tuliskan dua maklumat berdasarkan penyiasatan di atas.

         g.   Nyatakan apa yang dimalarkan dalam penyiasatan.

        

    4.  Mengenali Pembolehubah di dalam gambar 


            
    
   










Untuk mencari PM...perhatikan, apakah yang tidak sama / berbeza / berlainan didalam gambarajah ?  PB pula..kamu lihat kepada hasil keputusan tersebut.



    a)  Nyatakan dua maklumat yang perlu dikumpul.


          Pembolehubah Manipulasi :   Bilangan anak pokok

          Pembolehubah Bergerakbalas :  Pertumbuhan anak pokok


    b) Apakah pembolehubah dimalarkan.

        Jenis anak pokok / Isipadu air / kuantiti baja / jumlah cahaya matahari / saiz pasu / tempat penyiasatan.

    

   5.   Mengenali Pembolehubah di dalam carta palang 


Rajah 1 menunjukkan satu pemerhatian tentang jarak dilalui oleh empat kereta mainan J, K , L dan M  selepas dijatuhkan dari satu landasan dalam masa 2 minit.

            PB

    
     
    



PM


        


Kedudukan PM dan PB bagi  Carta Palang menegak





            PM













PB



 Kedudukan PM dan PB bagi  Carta Palang Melintang.





Sunday, July 28, 2019

2.12 Mengeksperimen

KPS : Mengeksperimen

Mengeksperimen ialah merancang dan menjalankan penyiasatan untuk menguji sesuatu hipotesis ,  mengumpulkan data,mentafsir data sehingga mendapat rumusan daripada penyiasatan itu.

Tips

KPS ini  
  • Mencetus persoalan, memerhati, membuat inferens dan membentuk hipotesis
  • Mengawal pembolehubah
  • Mendefinisi secara operasi.
  • Menentukan peralatan yang diperlukan bagi sesuatu eksperimen.
  • Menguji hipotesis dengan menjalankan prosedur yang sistematik
  • Merekod,menganalisis dan mentafsir data.
  • Melapor keputusan eksperimen yang telah dijalankan


Contoh Soalan

Satu penyiasatan telah dijalankan oleh sekumpulan murid untuk mencari isipadu air melalui kaedah sesaran.Isipadu awal sebelum guli dimasukkan di catat dan pemerhatian direkod seperti dalam jadual di bawah

Bilangan Guli

1
2
3
 Isipadu air (ml)

70
75
 80


1. Apakah corak perubahan bacaan paras air ?
    ..........................................................................

2. Nyatakan :

i) Pemboleh ubah dimanipulasi:.........................................

ii) Pemboleh ubah bergerakbalas :.....................................

iii) Pemboleh ubah dimalar:................................................


3. Apakah hipotesis yang ingin dibuktikan dalam eksperimen?
    ..........................................................................................................

4. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan eksperimen?

 ...................................................................................................


Inilah contoh soalan mengeksperimen. Senang jer kan.

2.11 Meramal

KPS: Meramal

Meramal ialah membuat jangkaan awal tentang sesuatu peristiwa  berdasarkan pemerhatian dan pengalaman lalu atau berdasarkan data.

Tips

lGunakan maklumat yang lalu atau ketika itu untuk menyatakan apa yang mungkin akan berlaku.
lTentukan hasil yang mungkin diperolehi daripada sesuatu tindakan.
lGunakan pola sebagai bukti bagi membuat ramalan

Meramal ada 2 jenis :

1.  Ramalan secara tepat melibatkan pengiraan. Terdapat satu nombor  dalam menulis jawapan.

Contoh soalan


Jadual di bawah menunjukkan purata indeks pencemaran udara di Sungai Petani  dari  tahun 2012 hingga 2018.


Tahun

2012
2014
2016
2018
2020

Purata indeks pencemaran udara( ipu)

34
44
54
64
?

     1. Ramalkan purata indeks pencemaran udara dalam tahun 2020
         74

  2.  Ramalan dengan menggunakan ayat.

     Contoh soalan

1. Ramalkan keadaan di bumi jika berada lebih dekat dengan matahari.

Suhu di bumi semakin panas


Banyakkan latih tubi soalan supaya kamu lebih faham dengan bentuk soalan mengelas dan meramal. Selamat mencuba.😘

2.10 Mentafsir data

KPS: Mentafsir Data

Mentafsir data ialah kemahiran memberikan penerangan yang rasional tentang objek , peristiwa atau pola daripada maklumat yang dikumpul.


Tips


  • Mengumpul pelbagai data melalui pemerhatian untuk membuat pernyataan tentang maksudnya.
  • Mengenal pasti pola atau corak yang terdapat berdasarkan maklumat yang diperoleh.
  • Menyatakan hubungan di antara maklumat.
  • Membuat kesimpulan berdasarkan data yang dikumpulkan.
  • Membuat ekstrapolasi berdasarkan data yang dikumpulkan.




Contoh Soalan 


Jadual di bawah menunjukkan purata indeks pencemaran udara di Sungai Petani  dari  tahun 2012 hingga 2018.


Tahun

2012
2014
2016
2018
2020

Purata indeks pencemaran udara

34
44
54
64
?

a) Nyatakan purata indeks pencemaran udara dua tahun selepas 2018 ?

     .........................................................

b) Apakah pola perubahan purata indeks pencemaran udara apabila tahun bertambah ?

   .......................................................................

c) Nyatakan hubungan antara maklumat yang diberikan.

  .......................................................................................

Untuk tips menjawab soalan mentafsir data , cikgu akan berikan pada bab seterusnya.
stay tuned😘


2.9 Mengukur dan Menggunakan Nombor

KPS Mengukur dan Menggunakan Nombor

Kemahiran ini melibatkan pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan pengukuran standard.


Tips

  • Mengira dengan mudah
  • Mengira dan membandingkan bilangan ítem di dalam kumpulan yang berlainan.
  • Mengenali pola di dalam jadual-jadual nombor
  • Menggunakan nombor untuk merekod fenomena
  • Membandingkan objek-objek menggunakan nombor
  • Mencatat bacaan dengan tepat 
  • Menggunakan alat dengan betul  dan mencatat unit dengan betul
  • Memilih dan menggunakan unit yang piawai
  • Membanding masa, jarak, luas, dan isipadu menggunakan unit yang berkaitan
  • Menentukan kejituan ukuran tertentu
  • Menggunakan skala dan menerangkan nisbah.



Contoh Soalan


Rajah di atas menunjukkan sebuah kotak lohong dan sebongkah kayu.bilangan bongkah.

a) Berapakah isipadu kotak lohong tersebut?
     Isipadu  : 3cm x 6 cm x 6 cm
                   : 108 cm3
b) Berapakah bilangan bongkah kayu yang diperlukan untuk memenuhi kotak lohong itu?

    27 bongkah




2.8 Membuat Hipotesis

KPS : Membuat hipotesis

Hipotesis ialah membuat sesuatu penyataan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah
yang di fikirkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa.
Penyataan ini boleh diuji untuk menentukan kesahihannya.


Tips

  • Membuat kesimpulan awal yang boleh diuji.
  • Mencadangkan pernyataan umum yang difikirkan benar.
  • Menggunakan pengetahuan sedia ada bagi membuat sesuatu penerangan.
  • Mengenal pasti pemboleh ubah
  • Membuat inferens yang munasabah.
  • Menentukan hubungan di antara dua pemboleh ubah berdasarkan inferens.

Contoh Soalan

Jadual menunjukkan perubahan kadar denyutan jantung Danish yang telah dicatat dalam seminit berdasarkan aktiviti yang berbeza.


Jenis Aktiviti
Duduk
Berjalan
Berjoging
Berlari
Kadar denyutan jantung seminit.
 60
80
110
150



 a) Apakah hubungan diantara jenis aktiviti dan kadar denyutan jantung seminit ?

     Semakin bertambah aktif jenis aktiviti semakin bertambah kadar denyutan jantung seminit.


Cikgu harap kamu dapat faham ya. Jom kita tengok KPS seterusnya.

2.7 Mendefinasi secara operasi

KPS : Mendefinasi Secara Operasi

Mendefinasi secara operasi ialah membuat tafsiran tentang apa yang berlaku dan diperhatikan bagi satu situasi mengikut aspek yang ditentukan.

Tips

KPS ini 

  • Mentakrif istilah dalam konteks pengalaman sendiri.
  • Membuat pernyataan apa yang dilakukan dan apa yang diperhatikan.

Contoh Soalan

Satu penyiasatan sedang dijalankan oleh sekumpulan murid mengenai kadar penyerapan air.  Mereka menggunakan 3 buah bikar berisi isipadu air 400ml air setiap satu dan 3 span yang berlainan saiz. Setiap span dimasukkan ke dalam bikar dan dibiarkan selama 5 minit sebelum dikeluarkan. Isipadu air yang tinggal direkodkan seperti jadual dibawah.



Saiz span
Kecil
Sederhana
Besar
Isipadu air yang tinggal di dalam bikar( ml)
400
250
100




a) Apakah definasi secara operasi kadar penyerapan air?

    ...................................................................................

2.6 Berkomunikasi

KPS : Berkomunikasi


Kemahiran berkomunikasi ialah kemahiran mempersembahkan maklumat atau idea dalam pelbagai bentuk. Murid dapat mempersembahkan maklumat melalui tulisan, lisan , jadual dan graf.


Tips

Kamu boleh :
  • Bercakap, menulis, melukis, melakar atau menggunakan TMK untuk menjelaskan idea.
  • Merekod maklumat daripada kajian.
  • Melukis, melabel dan membuat nota.
  • Menggunakan simbol-simbol dan boleh menerangkan makna simbol simbol berkenaan.
  • Menggunakan data daripada carta, graf dan jadual bagi menyampaikan maklumat.
  • Mengemukakan soalan-soalan dengan jelas dan boleh memberi maklumbalas.
  • Menggunakan bahan rujukan daripada pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat.
  • Menulis laporan eksperimen yang jelas, tepat dan lengkap supaya orang lain boleh mengulangi eksperimen berkenaan


Contoh Soalan 

Satu penyiasatan telah dijalankan ke atas ayunan bandul dan pemerhatian telah direkodkan seperti berikut.


  • Panjang tali bandul 50 cm , bilangan ayunan bandul ialah 10 saat    
  • Panjang tali bandul 40 cm , bilangan ayunan bandul ialah 15 saat
  • Panjang tali bandul 30 cm, bilangan ayunan bandul ialah 20 saat
Berdasarkan maklumat diberi , bina satu carta palang bagi menunjukkan keputusan penyiasatan.


Panduan Menjawab 


  1. Kenalpasti pembolehubah manipulasi (PM ) dan pembolehubah bergerakbalas( PB ).
  2. Lukiskan carta palang
  3. Pastikan PM dan PB diletakkan dengan betul.


     

3.4 Latih tubi menjawab soalan

Latih tubi Menjawab Soalan

Ingat ya semua. Kejayaan kamu tidak akan di capai tanpa usaha. Kamu  perlu membuat latih tubi menjawab soalan kertas satu setiap hari sekurang kurangnya melibatkan satu topik atau satu set soalan.

Kamu juga boleh membuat soalan secara topikal . Sila buat latihan mengikut tajuk supaya kamu lebih memahami dan dapat mengenalpasti tajuk yang sukar untuk difahami. Jangan lupa merujuk kepada guru sekiranya tidak memahami sesuatu topik.

Biasakan diri dengan bentuk-bentuk soalan. Ada beberapa bentuk soalan dan jangan lupa menjawab soalan sebenar UPSR tahun- tahun sebelumnya supaya terbiasa dengan bentuk soalan UPSR.


Fahami Kehendak Soalan

Selain itu kamu juga mesti memahami kehendak soalan.  Kadang- kadang apabila terlampau excited semasa mendapat soalan , kamu tidak membaca soalan dengan teliti dan fahami dengan jelas apa yang dikehendaki.

Baca..baca..dan baca lagi sekira tidak faham kehendak soalan. Gunakan teknik yang telah diberikan . In sya allah kamu pasti berjaya.






2.5 Menggunakan perhubungan ruang dan masa

KPS : Menggunakan perhubungan ruang dan masa

Memerihalkan perubahan parameter seperti lokasi, arah, bentuk, saiz, isipadu, berat dan
jisim dengan masa.

Tips

KPS ini melibatkan 

  • Lokasi dengan masa.
  • Perubahan arah dengan masa.
  • Perubahan bentuk dengan masa.
  • Perubahan saiz dengan masa. 
  • Perubahan isipadu dengan masa.
  • Perubahan berat dengan masa.
  • Perubahan jisim dengan masa.
  • susunan peristiwa kejadian mengikut kronologi.
  • Menentukan magnitud perubahan yang berlaku berdasarkan kadar perubahan masa.
  • Menentukan kedudukan objek dan menghuraikan kedudukannya di dalam ruang.
  • Menghuraikan rupa bentuk objek apabila dilihat dari kedududukan yang berlainan.
  • Menerangkan hubungan di antara masa dan jarak objek yang bergerak



Contoh Soalan

Jadual di bawah menunjukkan beberapa buah kereta yang bergerak dari bandar K ke bandar M dengan jarak yang sama iaitu 100km.


Jenis kereta
Jarak dilalui (km)
Masa kereta sampai ke destinasi (jam)

Kereta A

100

3

Kereta B

100

2

Kereta C

100

2.5

Kereta D

100

1



a)    Kereta manakah yang akan sampai dahulu ?
       ..................................................................

b)   Nyatakan kelajuan bagi kereta B dan D.
       ...................................................................