Thursday, August 8, 2019

4.6 Inferens


Inferens adalah soalan yang paling ditakuti oleh murid . Untuk menjawab soalan inferens kamu perlu membuat PEMERHATIAN dan nyatakan sebab.


Tips menjawab inferens / sebab


  • Buat PEMERHATIAN dan sambungkan dengan perkataan kerana ...... +  sebab munasabah / fakta sains
  • Jika pemerhatian telah dinyatakan, teruskan dengan awal ayat kerana....+  sebab munasabah / fakta sains
  • Kaitkan inferens dengan tajuk yang dipelajari


Contoh Soalan 1


Rajah di bawah menunjukkan dua situasi beban yang sama , di tolak di atas permukaan yang berbeza.















Berdasarkan rajah 1 , nyatakan satu inferens yang sesuai.

Jawapan

Beban dalam situasi B sukar ditolak kerana daya geseran pada permukaan tar lebih tinggi berbanding permukaan jubin.


Contoh soalan 2




Rajah menunjukkan dua buah tabung uji yang telah dimasukkan sebatang paku besi dan dibiarkan selama seminggu. Didapati paku N berkarat manakala M tidak berkarat.

a ) Apakah inferens yang boleh dibuat berdasarkan penyiasatan di atas.
     
    kerana paku N terdedah kepada udara dan air manakala paku M tidak terdedah kepada udara. 
     

Sekarang, cuba kamu berikan jawapan inferens bagi soalan di bawah.


Soalan 3

Satu penyiasatan dijalankan ke atas dua ekor arnab. Hasil penyiasatan  seperti dalam gambarajah di bawah.
Arnab A                                     Arnab B










a ) Berdasarkan pemerhatian, nyatakan inferens anda.

 _______________________________________________


Selamat mencuba.😘

Wednesday, August 7, 2019

4.5 Pemerhatian

Pemerhatian

Untuk soalan pemerhatian , cikgu telah berikan beberapa tips kepada kamu bagaimana untuk menjawab mengikut bentuk soalan yang dikemukakan. Pastikan kamu mengenalpasti bentuk soalan sebelum memberikan jawapan.

Biasanya soalan pemerhatian seperti berikut:

Nyatakan pemerhatian kamu…….
Berikan satu pemerhatian…..
Nyatakan pemerhatian lain….


Cara mudah untuk menjawab soalan PEMERHATIAN

PB   +   POLA

PB   +   PERBANDINGAN , DATA ANTARA SATU SAMA LAIN

PB   +   PERBEZAAN UTAMA SEBELUM DAN SELEPAS

Contoh 1 (SOALAN UPSR 2017)

Rajah 1 menunjukkan dua situasi beban yang sama , di tolak di atas permukaan yang berbeza.















  

a ) Berdasarkan rajah 1 , nyatakan satu pemerhatian.

    ..........................................................................................

 Perhatikan maklumat yang diberikan. terdapat dua gambar..untuk mendapatkan jawapan, kamu perlu menjawab dengan cara perbandingan . Oleh itu, gunakan cara ke 2

   PB   +    Perbandingan , data antara satu sama lain.


Cuba kamu berikan jawapan yang sesuai.

Selamat mencuba.

Monday, August 5, 2019

4.4 Hubungan / Hipotesis

Cara menjawab: 

Pastikan kamu HAFAL cara menjawab soalan HUBUNGAN / HIPOTESIS  !!

Semakin POLA  PM  Semakin POLA  PB

Jika POLA  PM  maka  POLA  PB


Contoh soalan

 Mari kita lihat contoh soalan di bawah.

1. 
Saiz span

Kecil
Sederhana
Besar
Isipadu air yang tinggal di dalam bikar  ( ml)
400
250
100

 a)  Nyatakan hubungan diantara dua pembolehubah   di atas?  
      Semakin bertambah besar saiz span semakin berkurang isipadu air yang tinggal di dalam bikar.

2.
Kuantiti baja (g)
Ketinggian anak pokok(cm)
1
20
2
25
3
30


b)  Berdasarkan maklumat yang dikumpul, tuliskan hipotesis penyiasatan ini? 

     Semakin bertambah kuantiti baja semakin bertambah ketinggian anak pokok.



Dapat sesuatu? 
Cuba kamu praktiskan dengan beberapa soalan hipotesis yang lain.



Tuesday, July 30, 2019

4.3 Pola / Corak Perubahan

Pola / Corak Perubahan

Soalan ini paling mudah untuk kamu skor markah kerana jawapannya hanya 3 bentuk sahaja.


Bertambah / Meningkat

Berkurang  / Menurun

Sekata / Tidak berubah / Mendatar

ada juga digabungkan dua atau tiga pola seperti

Meningkat dan Menurun

Meningkat , sekata dan menurun

4.2 Bagaimana menjawab soalan tujuan?

TUJUAN


Bagi soalan Tujuan atau Tajuk, cara menjawab soalan tersebut seperti berikut:


Untuk mengkaji hubungan di antara PM dan PB  ada juga yang menggunakan ayat..

Untuk menyiasat hubungan di antara PM dan PB.


Hafal ya...

TIPS MENJAWAB SOALAN TUJUAN /TAJUK


  1. Kenalpasti Pembolehubah PM dan PB
  2. Tulis jawapan mengikut teknik yang betul ..


Jom Kita tengok contoh soalan



1.    Sekumpulan murid tahun 4 Bijak telah menjalankan eksperimen tentang ayunan bandul. Keputusan yang diperolehi di rekod seperti dalam jadual di bawah.

Panjang tali (cm) PM
Bilangan ayunan bandul    dalam masa 30 saat   PB
10
50
  20
30
30
10

a) Nyatakan tujuan penyiasatan ini ?

             Untuk mengkaji hubungan diantara panjang tali  dan bilangan ayunan bandul dalam masa 30 minit.
               1 m



2. Rajah di bawah menunjukkan tempoh masa yang diambil oleh planet R, S, T dan  U untuk melengkapkan satu peredaran mengelilingi matahari.



a)    Nyatakan tajuk penyiasatan ini.


              Untuk mengkaji hubungan di antara kedudukan planet dengan tempoh masa untuk satu peredaran lengkap mengelilingi matahari.1 m



        Cuba kamu  buat latih tubi dengan soalan tujuan yang lain. 

      Selamat mencuba ya😍



4.1 Pembolehubah

Ada 3 pembolehubah yang perlu kamu kenal betul- betul. Macammana kamu kenal Upin dan Ipin.. macamtu jugalah kamu kena kenal pembolehubah.😅

Jom cikgu kenalkan..

Dalam soalan, pastikan kamu dapat mengenalpasti perkataan seperti yang cikgu highlightkan di bawah untuk setiap pembolehubah. Sekiranya diberikan gambar, buat pemerhatian ke atas gambar dan perhatikan apakah yang berbeza , di awal penyiasatan.


  1. Pembolehubah Manipulasi ( PM )    - berlainan / berbeza / tak sama 
  2. Pembolehubah bergerakbalas (PB )  - di lihat / di rekod / dicatat / diperhati / di ukur
  3. Pembolehubah Di Malarkan (PDM) - sama / serupa 


Tips Mengenalpasti Pembolehubah



  1. Baca soalan dan cari apakah yang berbeza , berlainan ,tak sama dalam ayat atau gambarajah yang diberikan. Itulah Pembolehubah Manipulasi ( PM ) manakala perkataan direkod, dicatat, diperhati, dilihat adalah kata kunci untuk Pembolehubah Bergerakbalas ( PB ).  Bagi Pembolehubah DiMalarkan, kata kunci yang sama digunakan.

        Mengenali Pembolehubah di dalam jadual 


       Sekumpulan murid tahun 4 Bijak telah menjalankan eksperimen tentang ayunan bandul. Mereka menggunakan panjang tali yang berbeza dalam penyiasatan itu.  Keputusan yang diperolehi di rekod seperti dalam jadual di bawah.

Panjang tali (cm)  PM
Bilangan ayunan bandul dalam masa 30 saat   PB
10
50
 20
30
30
10


                                                    Jadual Menegak
                   

Panjang tali (cm)              PM
10
20
30
Bilangan ayunan bandul dalam masa 30 saat                     
                                         PB
50
30
10
                                                     Jadual Melintang

      Kedudukan PM dan PB di dalam Jadual


    2. Perhatikan perkataan yang cikgu telah warnakan di dalam ayat. klu diberikan adalah berbeza 
    untuk jawapan pembolehubah manipulasi (PM ) manakala direkod untuk klu pembolehubah 
    bergerakbalas. ( PB ). 

   
   3.   Pastikan kamu dapat mengenali soalan pembolehubah yang selalu digunakan. Antaranya :
          
         a. Berdasarkan penyiasatan, nyatakan:
                Pembolehubah yang dimanipulasi
                Pembolehubah yang bergerak balas

         b.   Daripada data yang diberi, kenalpasti apa yang :
               dimalarkan
               dimanipulasikan:
               bergerak balas:
         c.   Nyatakan pembolehubah yang dimanipulasikan dalam  penyiasatan di atas.

         d.  Tuliskan dua pembolehubah daripada penyiasatan di atas.

         e.  Nyatakan dua maklumat yang dikumpulkan dalam penyiasatan di atas.

         f.   Tuliskan dua maklumat berdasarkan penyiasatan di atas.

         g.   Nyatakan apa yang dimalarkan dalam penyiasatan.

        

    4.  Mengenali Pembolehubah di dalam gambar 


            
    
   










Untuk mencari PM...perhatikan, apakah yang tidak sama / berbeza / berlainan didalam gambarajah ?  PB pula..kamu lihat kepada hasil keputusan tersebut.



    a)  Nyatakan dua maklumat yang perlu dikumpul.


          Pembolehubah Manipulasi :   Bilangan anak pokok

          Pembolehubah Bergerakbalas :  Pertumbuhan anak pokok


    b) Apakah pembolehubah dimalarkan.

        Jenis anak pokok / Isipadu air / kuantiti baja / jumlah cahaya matahari / saiz pasu / tempat penyiasatan.

    

   5.   Mengenali Pembolehubah di dalam carta palang 


Rajah 1 menunjukkan satu pemerhatian tentang jarak dilalui oleh empat kereta mainan J, K , L dan M  selepas dijatuhkan dari satu landasan dalam masa 2 minit.

            PB

    
     
    



PM


        


Kedudukan PM dan PB bagi  Carta Palang menegak





            PM













PB



 Kedudukan PM dan PB bagi  Carta Palang Melintang.





Sunday, July 28, 2019

2.12 Mengeksperimen

KPS : Mengeksperimen

Mengeksperimen ialah merancang dan menjalankan penyiasatan untuk menguji sesuatu hipotesis ,  mengumpulkan data,mentafsir data sehingga mendapat rumusan daripada penyiasatan itu.

Tips

KPS ini  
  • Mencetus persoalan, memerhati, membuat inferens dan membentuk hipotesis
  • Mengawal pembolehubah
  • Mendefinisi secara operasi.
  • Menentukan peralatan yang diperlukan bagi sesuatu eksperimen.
  • Menguji hipotesis dengan menjalankan prosedur yang sistematik
  • Merekod,menganalisis dan mentafsir data.
  • Melapor keputusan eksperimen yang telah dijalankan


Contoh Soalan

Satu penyiasatan telah dijalankan oleh sekumpulan murid untuk mencari isipadu air melalui kaedah sesaran.Isipadu awal sebelum guli dimasukkan di catat dan pemerhatian direkod seperti dalam jadual di bawah

Bilangan Guli

1
2
3
 Isipadu air (ml)

70
75
 80


1. Apakah corak perubahan bacaan paras air ?
    ..........................................................................

2. Nyatakan :

i) Pemboleh ubah dimanipulasi:.........................................

ii) Pemboleh ubah bergerakbalas :.....................................

iii) Pemboleh ubah dimalar:................................................


3. Apakah hipotesis yang ingin dibuktikan dalam eksperimen?
    ..........................................................................................................

4. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan eksperimen?

 ...................................................................................................


Inilah contoh soalan mengeksperimen. Senang jer kan.

2.11 Meramal

KPS: Meramal

Meramal ialah membuat jangkaan awal tentang sesuatu peristiwa  berdasarkan pemerhatian dan pengalaman lalu atau berdasarkan data.

Tips

lGunakan maklumat yang lalu atau ketika itu untuk menyatakan apa yang mungkin akan berlaku.
lTentukan hasil yang mungkin diperolehi daripada sesuatu tindakan.
lGunakan pola sebagai bukti bagi membuat ramalan

Meramal ada 2 jenis :

1.  Ramalan secara tepat melibatkan pengiraan. Terdapat satu nombor  dalam menulis jawapan.

Contoh soalan


Jadual di bawah menunjukkan purata indeks pencemaran udara di Sungai Petani  dari  tahun 2012 hingga 2018.


Tahun

2012
2014
2016
2018
2020

Purata indeks pencemaran udara( ipu)

34
44
54
64
?

     1. Ramalkan purata indeks pencemaran udara dalam tahun 2020
         74

  2.  Ramalan dengan menggunakan ayat.

     Contoh soalan

1. Ramalkan keadaan di bumi jika berada lebih dekat dengan matahari.

Suhu di bumi semakin panas


Banyakkan latih tubi soalan supaya kamu lebih faham dengan bentuk soalan mengelas dan meramal. Selamat mencuba.😘