Inferens adalah soalan yang paling ditakuti oleh murid . Untuk menjawab soalan inferens kamu perlu membuat PEMERHATIAN dan nyatakan sebab.
Tips menjawab inferens / sebab
- Buat PEMERHATIAN dan sambungkan dengan perkataan kerana ...... + sebab munasabah / fakta sains
- Jika pemerhatian telah dinyatakan, teruskan dengan awal ayat kerana....+ sebab munasabah / fakta sains
- Kaitkan inferens dengan tajuk yang dipelajari
Contoh Soalan 1
Rajah di bawah menunjukkan dua situasi beban yang sama , di tolak di atas permukaan yang berbeza.
Berdasarkan rajah 1 , nyatakan satu inferens yang sesuai.
Jawapan
Beban dalam situasi B sukar ditolak kerana daya geseran pada permukaan tar lebih tinggi berbanding permukaan jubin.
Contoh soalan 2
Rajah menunjukkan dua buah tabung uji yang telah dimasukkan sebatang paku besi dan dibiarkan selama seminggu. Didapati paku N berkarat manakala M tidak berkarat.
a ) Apakah inferens yang boleh dibuat berdasarkan penyiasatan di atas.
kerana paku N terdedah kepada udara dan air manakala paku M tidak terdedah kepada udara.
Sekarang, cuba kamu berikan jawapan inferens bagi soalan di bawah.
Soalan 3
Satu penyiasatan dijalankan ke atas dua ekor arnab. Hasil penyiasatan seperti dalam gambarajah di bawah.
Arnab A Arnab B |
a ) Berdasarkan pemerhatian, nyatakan inferens anda.
_______________________________________________
Selamat mencuba.😘